SELAMAT DATANG

Thursday 10 November 2016

DONALD TRUMP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Beberapa hari ni Donald Trump jadi isu hangat dekat Malaysia.. Siapa yang xkenal Donald Trump ?? Haha, ada ke yang x kenal Donald Trump ?? Yang xkenal tu korang tinggal dekat mana, dalam hutan atau gua ?? Haha, gurau je.. jgn ambik hati :)...


Comel je dia senyum :) haha

Sekarang ni rata-rata update status risau tentang kemenangan Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat mengalahkan Hillary Clinton. Risaunya pada manifesto yang dibawakan oleh Donald Trump sebelum ini yang jelas ketara Anti- Islam. Berkenaan nasib Palestin, Baitulmaqdis bagai dan macam-macam lagi.

Antara status yang mira rasa menjadi popular ketika ini ialah status daripada Da'i Wan tentang Donald Trump dan nasib Masyarakat Islam di serata dunia. Teori-teori yang sekadar teori.

Tapi entah kenapa mira tak rasa perkara ini menakutkan pun. Korang takutkan apa? Pertamanya mira suka untuk korang lihat dulu siapa Hillary Clinton. Hillary Clinton ni isteri kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.

Bro, siapa Bill Clinton ini? Itu bukan bapak anti islam ke sebelum ini? Padahal manifestonya pada waktu tu pun sangat baik. Tetapi dia tetap memusuhi islam. Percubaan-percubaan menggolekkan negara islam. Menggugat ekonomi negara Islam. Beberapa kali percubaan menggugat Malaysia di zaman pemerintahan Tun Mahathir waktu itu. Zaman dia juga israel tetap mengganas membelasah Palestin. Walhal masa berkempen, takde pun kenyataan seganas Donald Trump yang secara terang seakan anti islam. So kalau isteri dia yang menang, sama je..

Mira cuma rasa Donald Trump ni mungkin lebih baik dari Hillary walaupun pada manifestonya dilihat sangat kejam. Ahh, mira cuma nampak itu modalnya untuk meraih undi. Donald Trump ahli perniagaan bro, hartawan. Mira nampak dia pakar bab strategi bagi menarik perhatian. Lantang. Sangat berterus terang. Dan kemungkinan besar, sedari awal dia dah lihat penolakan rakyat pada Islam tu statistiknya sangat tinggi. Jadi untuk menang undian, perlu memihak mengikut golongan yang statistiknya tinggi. Ini permainan untuk meraih kemenangan sahaja. Apa cara sekalipun dia sanggup buat, yang penting menang dulu jadi Presiden. Baru semuanya atas kuasa dia. (ini pandangan yang bersangka baik)

Untuk pandangan lain, Donald Trump ini kemungkinan besar sangat jahil tentang Islam tu sendiri. Tiada yang mustahil hatinya akan berbolak balik bilamana dia mula memerintah nanti dia akan banyak belajar dan kenal tentang Islam. Ini boleh jadi, bro. Kenapa?

Mira berani cakap, orang yang bersuara lantang ni selalunya berprinsip dan berstrategi. Dia cakap apa yang dia tahu, dia gentle. Dan sekarang ini mungkin Donald Trump hatinya di buai oleh rasa benci pada islam kerana dia sendiri tidak langsung tahu menahu tentang islam. Yang dia tahu, islam ni pengganas. Berapa banyak bekas Presiden Amerika sebelum ini yang bercerita tentang keamanan, tentang perkara yang manis-manis hakikatnya bapak segala setan? Bapak segala zalim? Seperti sedia maklum, yang menggenggam ekonomi Amerika lah yang tetap kontrol semuanya. Siapa dia kalau bukan geng-geng tangan ghaib. Tangan ghaib tau.. Panjang tangan dekat Malaysia banyak lah.

Apakah kali ini seorang yang lantang menolak islam ini kita perlu terus menghukum yang dia akan jadi bapak setan seperti bekas Presiden yang sebelum ini? Hidayah ni milik Tuhan. Kebanyakan orang yang lantang menolak islam ini selalunya tindakannya pertengahan nanti sukar di jangka.

Bro, Umar Al Khattab dulu pun orang yang paling bapak samseng nak bantai islam. Akhirnya bila dia berkenal dengan islam tu sendiri, dia jadi pembela paling di geruni musuh islam. Padahal siapa sangka si bengis yang sangat memusuhi islam itu akhirnya akan jadi pembela Islam? Tak tercapai dek akal pun waktu tu.. Semua ni kerja Tuhan.. Bukan kerja korang, apatah lagi kerja da'i..

Orang paling bahaya ialah orang yang mulutnya tidak habis menjanji manis, tapi sebenarnya pengkhianat terbesar. Percayalah, kebanyakan yang mulut kurang ajar ini selalunya otak dan jiwanya lebih terbuka. Mudah menerima. Mereka cakap apa yang mereka rasa betul tanpa perlu nak main bahasa kiasan dan berlakon baik. Lebih berterus terang tentang idea, tentang ketidak puashatian, dan tentang pandangan. Mereka ini selalunya sangat terbuka. Jiwa besar bro..

Daripada korang semua sibuk memperheboh tentang teori, tentang konspirasi, takut tak tentu pasal, lebih baik bersangka baik, doakan Allah berikan hidayah, dan bolak balikkan hati Donald Trump tu. Itu lebih baik. Bermain dengan persepsi, bermain dengan kemungkinan ni memang seronok. Tapi sebenarnya langsung tiada faedah. Tak memberikan apa-apa kebaikan langsung..

Antara rahsia Allah yang kita tidak akan pernah tahu ialah masa depan? So? Buat apa nak sibuk-sibuk dengan konspirasi yang belum tentu jadi? Korang seolah mengharap semua kejahatan yang pernah di lafazkan tu untuk jadi kenyataan..

Hidup ini korang perlu takut pada manusia yang mulutnya manis berbanding manusia yang berterus terang walaupun terus terangnya pada kejahatan. Orang yang berterus terang ini kurang permainannya berbanding orang yang mulut manis.. Rileks.. Korang tengok contoh terdekat sahajalah. Tengok kawan sekeliling, tengok musuh. Korang rasa yang paling celaka selalunya yang mulut jenis berterus terang atau yang kerjanya menjanjikan manis? Paling banyak bunuh korang selalunya kawan yang berterus terang cakap tak suka korang atau kawan yang depan korang dia baik nak mampos tapi belakang habis dia canang keburukan korang? Ini contoh kecil..

Korang rasa?

Musuh yang berterus terang selalunya tak akan jadi perang. Tapi jadi kawan. Bergantung pada cara kita handle. Kena berubah bro jadi masyarakat yang tidak mudah makan pada janji manis dan cerita yang sedap-sedap sahaja. Najib dulu pun janji yang manis-manis, hari ini apa jadi?

Dia masih manis, dan kau dah habis masam..

Banyakkan berdoa yang baik-baik.. Aura positif cukup power untuk merubah persepsi orang yang benci pada kita jadi hormat pada kita.. Hillary Clinton pegang belum tentu negara Islam selamat.. Dua kali lima ratus jugak..

Apapun, ini cuma pandangan peribadi mira.. Ada yang nak kata mira ni agen Yahudi ke? Gila kau.. Haha

P/s : Dah nama Presiden Amerika, celah mana kau nak fikir tentang bela islam? Semua sama je. Kalau mira jadi Presiden Amerika pun sama je. Mungkin lebih kejam. Bezanya mira tak bunuh orang, tapi sibuk duduk dekat Malaysia shopping 24 jam.. Dah nama pun Presiden AS, mesti laa duit banyak.. Iya x ? hahaha



No comments:

Post a Comment